Menyayat Hati! Ibu Terkorban Nyawa Demi Selamatkan Anaknya (Gambar)


Seorang ibu sanggup mengorbankan nyawa demi keselamatan anaknya daripada dirempuh sebuah motosikal sehingga menyebabkan wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian berlaku di Jalan Pasir Panjang di Kuala Terengganu pagi tadi, memetik laporan laman web Harian Metro Online.
Allahyarham Dayang Che Abdul Kadir, 54, sebelum itu sempat menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh motosikal yang ditunggang laju.
Anaknya, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang, Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangun dari terjatuh hanya mampu menapat jasad ibunya yang sudah tidak bernyawa.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi, melibatkan mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke sekolah selepas singgah minum di warung berdekatan.
Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka.
Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.
Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu.
Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.
ibu membawa ke syurga, begitulah tidak terkira pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu. – MYNEWSHUB.CC
Menyayat Hati! Ibu Terkorban Nyawa Demi Selamatkan Anaknya (Gambar) Menyayat Hati! Ibu Terkorban Nyawa Demi Selamatkan Anaknya (Gambar) Reviewed by Admin on 16:47 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.