Luahan Sedih Siti Nurhaliza Isu Perceraian Adiknya, Siti Saerah
Beliau berbuat demikian kerana isu itu melibatkan air muka dan maruah banyak pihak.
“Saya minta maaf, bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada sebuah akhbar yang membuat follow-up berita portal.
Apa yang sebelum ini sekadar desas-desus menjadi satu berita hampir pasti apabila Siti memuat naik satu ‘post’ di laman Instagram peribadinya yang ditujukan khas buat adik beliau.
“Allah S.W.T Maha Adil dan Bijaksana. Apa yang telah diaturkan pasti yang terbaik untuk umatNya dan pasti ada peringatan buat yang melaluinya.
Buat @sairahtarudin, bertabahlah dan teruslah berjalan berpandu pada Allah. Insyaallah semuanya tenang.”
Saerah yang berkahwin pada 27 Oktober 2010, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad Daiyan, 2 dan Ahmad Aisy, 10 bulan.-MYNEWSHUB
Luahan Sedih Siti Nurhaliza Isu Perceraian Adiknya, Siti Saerah
Reviewed by Admin
on
22:35
Rating:
No comments: