Luahan Sedih Lee Chong Wei Positif Dadah Jenis Deksametason


Luahan Sedih Lee Chong Wei Positif Dadah Jenis Deksametason - Kuala Lumpur: Apa yang berlaku kepada pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei bukan setakat menggemparkan negara malah dunia.

Sukar bagi dirinya menerima keadaan itu ketika dia begitu gah mencipta nama di pentas dunia dan kekal menduduki ranking nombor satu dunia sejak 22 Mei lalu.

Pemain itu akhirnya membuka mulut untuk berkongsi cerita mengenai skandal doping yang menimpa dirinya.

Ikutilah luahan rasa yang dikongsi bersama dalam ruangan blog Malaysian Sports www.ssdhaliwal.blogspot.com nukilan bekas wartawan Malay Mail Satwant Singh Dhaliwal.

"Lutut saya bergetar dan saya tidak boleh berdiri atau duduk ketika saya membaca surat yang memaklumkan bahawa saya gagal dalam ujian doping.

"Saya melihat seluruh kehidupan saya pantas berlalu dan apa yang saya lakukan 15 tahun lalu hilang begitu saja. Saya seperti terpukul dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7572#sthash.zQ0ihFzJ.dpuf

Hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei, 32, yang dikeluarkan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Antidoping (ADAMS) didapati sama dengan keputusan ujian doping Sampel A yang positif sebelum ini.

Lee Chong Wei - Deksametason

Walau sudah dijangka, ia tetap keputusan memeritkan buat atlet badminton nombor satu negara ini.

Keputusan ini bermakna Chong Wei perlu menghadapi proses Jawatankuasa Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengetahui hukuman bakal diterima.

Kebiasaannya, jika ujian doping positif maka pemain bakal berdepan hukuman tidak layak menyertai mana-mana kejohanan dan digantung penyertaan selama dua tahun.

Selasa lepas, Chong Wei diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz bersama-sama Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh berangkat ke Norway untuk melihat sendiri ujian terhadap sampel B dilakukan di makmal Hospital Universiti Oslo.

Kesemua mereka menyatakan amat puas hati dengan cara ujian dilakukan.

Chong Wei positif ujian doping bagi sampel A menggunakan air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Ujian tersebut mendapati kehadiran bahan terlarang ‘deksametason’ semasa ujian dijalankan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka mengadakan sidang media petang ini untuk mengumumkan keputusan secara rasmi. Sumber: Mynewshub.cc

Apa Itu Dadah Deksametason?

Deksametason, ialah sejenis kortikosteroid yang kuat dan biasa digunakan dalam rawatan alergik.

Penggunaan deksametason secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma.

Pengguna juga boleh mengalami sindrom Cushing yang dicirikan dengan muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil. 

Kesan lain termasuk lemah otot dan kesan pada kulit yang serius iaitu sindrom Stevens-Johnson.

Deksametason digunakan untuk mengubati sakit lutut, sakit urat, letih, sakit bahu, bengkak ringan, sakit pinggang dan lenguh-lenguh seluruh badan.

Penggunaan Deksametason adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Atlet Positif Doping Bukan Ambil Dadah

Namun, umum wajib memahami bahawa mana-mana atlet yang didakwa positif ujian doping bukanlah mengambil dadah.

Sebaliknya, bahan terlarang yang menyebabkan atlet itu positif ujian doping biasanya disebabkan oleh pengambilan ubat penahan sakit untuk merawat kecederaan yang dialami.

Atlet itu bukanlah ‘penagih dadah’ dengan menyuntik heroin atau pun mengambil ecstasy.

Malangnya, ada juga sesetengah atlet yang mengambil bahan-bahan terlarang dengan sengaja atau sengaja diberikan oleh jurulatih tanpa pengetahuan atlet tersebut untuk meningkatkan prestasi mereka.

Lee Chong Wei Nafi Ambil 'Dadah Terlarang'

Lee Chong Wei tidak mengambil dadah terlarang sepanjang menyertai Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen, itulah dijelaskan rakan terdekatnya yang enggan dinamakan.

Menurut pemain berkenaan, Chong Wei pernah memberitahunya sendiri, bermula dari pusingan pertama hingga perlawanan akhir menentang Chen Long, dia tidak ada mengambil sebarang dadah terlarang mahupun ubat penahan sakit.

"Dia hanya memberitahu saya mengambil suntikan sel induk (stem cell) sebelum menyertai kejohanan itu," kata sumber berkenaan.

Chong Wei tidak menyertai Sukan Komanwel 2014 Glasgow kerana mengalami kecederaan paha dan untuk memastikan sempat sembuh sebelum Kejohanan Dunia, dia mengambil tiga kali suntikan sel induk.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu dikatakan mengambil tiga suntikan berkenaan di salah sebuah hospital swasta di Lembah Klang.

Rakyat Malaysia Salahkan BAM, Sokong Lee Chong Wei

Lee Chong Wei - Deksametason [2]

Kuatkan semangat Lee Chong Wei. Berehatlah sementara waktu dan bangkit dengan gagah selepas ini!

-SENTIASAPANAS.COM
Luahan Sedih Lee Chong Wei Positif Dadah Jenis Deksametason Luahan Sedih Lee Chong Wei Positif Dadah Jenis Deksametason Reviewed by Admin on 09:24 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.