Berilah Saya Ruang Untuk Jalani Kehidupan Seperti Orang Lain – Hanez Suraya
Baru semalam Abang Nara kongsikan gambar Hanez Suraya dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai juruterbang, hari ini pelakon jelita tersebut telah tampil membuat pengakuan yang dirinya berkawan rapat dengan jejaka tersebut. Istilah berkawan rapat digunakan kerana mereka masih belum masuk ke fasa bercinta. Keikhlasan hati si lelaki jelas terserlah kerana tidak kisah dengan kontroversi yang melanda Hanez selama ini. Orang macam ini yang kita cari.
Selain membuat pengakuan berkawan rapat, Hanez juga turut meminta diberi ruang untuk menjalani kehidupan seperti orang lain. Iyerlah, kongsi gambar dengan lelaki terus kena gosip. Kesian jugak kat si Hanez nie. Kata Hanez:-
Sudahlah buat gosip pasal saya. Apa yang jadi (kontroversi) pada saya sebelum ini, cukuplah. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Saya bimbang nanti kalau tersalah cakap, lain pula cerita yang timbul.Kami berkawan rapat. Itu saja yang boleh saya katakan. Selama ini dia banyak bagi semangat kepada saya. Dia tahu tentang kontroversi saya tetapi dia tidak kisah berkawan dengan saya. Kami pun bukannya selalu berjumpa.Berilah saya peluang dan ruang untuk menjalani kehidupan seperti mana orang lain. Bagilah saya bahagia dengan jalan saya sendiri. Salahkah saya hendak berkawan. Selama ini saya ada juga mengambil gambar dengan lelaki tetapi tidak pula dijadikan isu.Mesra sangatkah gambar yang tersebar itu sehingga orang mahu buat spekulasi macam-macam? Lagipun kapsyen di gambar itu pun tidak menunjukkan kami ada hubungan lebih dari sekadar berkawan. Saya tahu dia memuat naik gambar itu dan saya tak kisah sebab apabila lepak dengan kawan, kita mengambil gambar bersama.Tapi apa yang pelik, IG dia ‘private’. Jadi saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar.
Biasalah kalau dah namanya selebriti, pasti akan ada ‘stalker’ yang sentiasa memerhatikan tingkah laku kita. Itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang artis. Tak apalah Hanez. Pedulikanlah kata-kata orang. Yang penting Hanez dan si juruterbang jujur dalam berkawan. Mana tahu ada rezeki suatu hari nanti boleh naik ke jinjang pelamin pulak. Tak gitu? Sumber Beautifulnara.com
Berilah Saya Ruang Untuk Jalani Kehidupan Seperti Orang Lain – Hanez Suraya
Reviewed by Admin
on
10:42
Rating:
No comments: