Bakar Bible Tidak Salah - Ibrahim Ali

Bakar Bible Tidak Salah - Ibrahim Ali - KUALA LUMPUR, 6 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad membela Datuk Ibrahim Ali hari ini, mendakwa pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu tidak melakukan penghinaan apabila beliau mencadangkan untuk membakar Bible dalam Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah “Allah”.

Tun Dr Mahathir Mohama hari ini mengatakan buku yang diharamkan lazimnya dibakar. — Gambar failTun Dr Mahathir Mohama hari ini mengatakan buku yang diharamkan lazimnya dibakar. — Gambar failDr Mahathir yang merupakan penaung Perkasa memberitahu sidang akhbar hari ini, ahli parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada amalan biasa membakar penerbitan dikelaskan sebagai haram.

“Biasanya, jika terdapat penerbitan yang diharamkan, tindakan yang diambil ialah membakar buku tersebut.

“Jadi pandangan beliau (Ibrahim) jika Bible haram dari segi polisi, beliau memilih jalan biasa iaitu untuk membakarnya,” kata beliau selepas melancarkan buku “Antartica: Malaysia’s Journey to the Ice” di Universiti Malaya disini.
“Jadi saya tidak fikir dia (Ibrahim) mempunyai niat untuk menghina kitab injil… ini bukan niat dia.”

Minggu lepas The Malaysian Insider Dr Mahathir berkata walaupun Ibrahim menyokong Umno, kenyataan oleh pemimpin lantang tersebut bukan mewakili parti utama masyarakat Melayu tersebut.

“Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak.

“Itu boleh menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh dilakukan kepada Al-Quran,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc.

“Tetapi apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha untuk mendapat keuntungan politik,” bekas perdana menteri itu menambah.

Dr Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan cepat menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu percaya “Allah” adalah eksklusif kepada Islam tetapi “ia tidak menyokong pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini”.

Perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun itu mengingatkan bahawa kontroversi “Allah” telah telah diselesaikan tahun lalu “melalui penerimaan bahawa Kristian Sabah dan Sarawak boleh terus untuk menggunakan perkataan Allah dalam bible bahasa Melayu mereka dan dalam pengajaran tetapi tidak boleh digunakan di seluruh negara”.

Pemimpin berumur 87 tahun itu memainkan peranan penting dalam potensi krisis keimanan daripada meletus apabila pertikaian kalimah “Allah” mula-mula timbul pada awal 1980an — sejurus selepas beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.

Umat Islam dan pemimpin Kristian telah bertelagah dalam isu penggunaan kalimah “Allah” walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 memutuskan umat Islam tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan Arab itu.

Umat Islam adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60 peratus, manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia.

Perdebatan timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena Hari Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula pengharaman terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.

Kumpulan gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.

Kumpulan penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah” daripada terus berlarutan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin gereja dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada umat Islam di seluruh negara “musuh-musuh Islam” akan cuba untuk mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang sama.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib telah mendesak kerajaan agar tidak berlengah-lengah mengambil tindakan terhadap Ibrahim diatas gesaannya agar bible dibakar, dengan mengatakan jika tindakan terus ditangguh terhadap ahli politik veteran itu, memberikan kesan kepada imej kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-salah-dengan-ugutan-bakar-bible-ibrahim-ali-kata-dr-m#sthash.XhuIFbXy.dpuf
Bakar Bible Tidak Salah - Ibrahim Ali Bakar Bible Tidak Salah - Ibrahim Ali Reviewed by Admin on 10:29 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.