Rintihan Anak Kahwin Lari Dengan Mat Indon Dari Sumatera


Melaka: “Ummi tolong adik ummi...adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun susah sampai kena kerja di sawah setiap hari,” rayu Suliza Kassim, 18, ketika menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin kerana mengikut kekasihnya pulang ke negara asalnya selepas dua bulan terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia.

Anak bongsu daripada lima beradik itu yang masuk secara haram ke negara itu pada Jun lalu kini terkandas di kampung kekasihnya selepas dibawa pulang lelaki terbabit dikenali sebagai Laili Iskandar 30-an.

Suliza yang dikatakan sudah bernikah dengan lelaki terbabit dan kini hamil serta bekerja keras untuk menyara kehidupan hariannya membuatkan ibunya risau kerana tidak mengetahui nasib anak gadisnya itu.

Selepas menerima panggilan anaknya merayu membantunya pulang, Azizah semakin tertekan dengan nasib yang menimpanya, kerana menghidap tiroid dan penyakit jantung yang kini dirawat di Hospital Melaka.

Menurut Azizah, anaknya terpaksa bekerja di sawah padi terlebih dulu sebelum boleh makan, sedangkan anaknya itu tidak pernah melakukan kerja berat walaupun dibesarkan di Felda.


Rintihan Anak Kahwin Lari Dengan Mat Indon Dari Sumatera Rintihan Anak Kahwin Lari Dengan Mat Indon Dari Sumatera Reviewed by Admin on 09:02 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.