2 GAMBAR: Pakai Tudung Tapi Tunjuk Jari Tengah.. Tak Sesuai!


2 GAMBAR: Pakai Tudung Tapi Tunjuk Jari Tengah.. Tak Sesuai! -

Kadang-kadang benda kecil saja tapi disebabkan tak mampu mengawal perasaan manusia boleh menjadi kurang sopan.

Inilah yang berlaku kepada pekerja arked permainan video di sebuah pusat beli belah terkemuka yang menunjukkan jari tengah pada pelanggan kerana tidak puas hati.

Menurut cerita yang disebarkan customer terbabit menerusi laman sosial, kejadian bermula bila seorang kawannya meminta token ganti yang digunakan pada salah satu mesin yang rosak namun pekerja di situ memintanya supaya membeli token baru.

Rakannya menolak untuk membeli token baru sebab itu bukan salahnya. Pekerja di situ kemudiannya membenarkan rakannya bermain satu lagi permainan secara percuma dan ini dipersetujui oleh mereka.

Bagaimanapun tidak lama kemudian dua pekerja dalam gambar ini dikatakan mula mengekori mereka dan mengeluarkan kata-kata mengejek.

Berasa geram dan panas hati dengan keadaan ini pelanggan terbabit mengambil gambar untuk dibuat aduan kepada pihak pengurusan dan salah satu hasil rakaman gambarnya adalah jari tengah seorang pekerja terbabit.

Aduh, penulis pun tak faham kenapalah dua awek bertudung ini mahu emo lebih-lebih dan melakukan provokasi terhadap pelanggan sedangkan kedai permainan video itu bukan mereka punya pun. Bagi sajalah token baru pada pelanggan kalau dah terbukti memang kesilapan di pihak majikannya bukan?

Paling bangang bila membuat isyarat lucah begitu, tak fasal-fasal merendahkan martabat perempuan bertudung yang sepatutnya pandai menjaga adab. sumber mynewshub


2 GAMBAR: Pakai Tudung Tapi Tunjuk Jari Tengah.. Tak Sesuai! 2 GAMBAR: Pakai Tudung Tapi Tunjuk Jari Tengah.. Tak Sesuai! Reviewed by Admin on 15:47 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.