Terkini: 50 maut, 53 cedera insiden kelab gay
ORLANDO: Datuk Bandar Orlando berkata, 50 orang terbunuh dan 53 yang lain dimasukkan ke hospital selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di kelab malam gay popular, dekat sini.
Buddy Dyer dalam sidang media berkata darah kelihatan di merata tempat sejam selepas kejadian tembakan itu berlaku.
Katanya, penyerang menggunakan raifal untuk membunuh semua mangsa.
Terdahulu, pihak berkuasa mengesahkan penyerang sebagai Omar Mateen dari Port St. Lucie, Florida. - AP
KELUARGA dan rakan meratapi pemergian mangsa yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah kelab malam di Orlando. - Foto Reuters
Terkini: 50 maut, 53 cedera insiden kelab gay
Reviewed by Admin
on
15:07
Rating:

No comments: