Koleksi foto kenangan Erra Fazira jadi juara Miss Malaysia-World 1992.


Pertandingan akhir ratu cantik Miss Malaysia-World 1992 telah berlangsung pada 23 Ogos di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Pertandingan tahun itu merupakan siri yang paling diingati ramai kerana seperti yang diketahui umum ia telah dimenangi oleh Erra Fazira yang kini merupakan seorang pelakon terkenal. Ketika itu nama Erra belum dicipta dan beliau masih menggunakan nama asalnya Fazira.


Sebelum pertandingan akhir itu berlangsung, media cetak telah memberikan publisiti yang lebih kepada Fazira kerana statusnya sebagai “peserta Melayutunggal”. Akhbar tabloid Panca (Mingguan Malaysia) menggambarkan Fazira sebagai seorang yang mempunyai perawakan dan personaliti yang menarik,senyuman yang “mengancam”, wajah yang anggun menawan dan jelinganmata yang menggoda. Fazira yang ketika itu masih berusia remaja dilaporkan sedang menuntut dalam bidang komputer di Cyma College, Petaling Jaya, dan beliau juga pernah muncul sebagai model iklan televisyen untuk bedak berjenama Zaiton.





Koleksi foto kenangan Erra Fazira jadi juara Miss Malaysia-World 1992. Koleksi foto kenangan Erra Fazira jadi juara Miss Malaysia-World 1992. Reviewed by Admin on 22:53 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.