Lapan lanun rampas kapal ditahan di Vietnam


PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Lapan suspek yang merompak kapal tangki MT Orkim Harmony ditahan pihak berkuasa Vietnam, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata mereka ditahan berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam semasa cuba meloloskan diri daripada pemburuan.

"Mereka kini sedang disoal siasat oleh pihak berkuasa Vietnam," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan MT Orkim Harmony di sini, hari ini.

Ahmad Puzi berkata, pihaknya telah berhubung dengan pihak berkuasa Vietnam bagi mendapat kerjasama untuk membawa penjenayah itu ke Malaysia. - Bernama
Lapan lanun rampas kapal ditahan di Vietnam Lapan lanun rampas kapal ditahan di Vietnam Reviewed by Admin on 17:36 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.