Ahmad Maslan Perkenalkan Cara Memasak Tanpa GST!


KUALA LUMPUR: Meskipun sering dikritik berikutan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) sejak April lalu, itu tidak menghalang Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan daripada meneruskan perjuangannya ‘mendidik’ rakyat Malaysia mengenai pelaksanaan cukai berkenaan.

Ahmad pada jam 7.34 pagi Ahad, memuat naik dua keping gambar yang mempamerkan teknik memasak di laman Twitter.

“Resepi saya dan digoreng sendiri: Sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak dan gas masak. Tiada GST!,” ujarnya di Twitter.

Berdasarkan kapsyen tersebut, beliau dilihat ingin menyatakan bahawa tidak semua barangan mentah atau runcit dikenakan cukai.

Pilihan untuk memasak sendiri di rumah adalah langkah yang bijak bagi mengelak dikenakan cas tambahan GST daripada memilih makan di luar.

Namun muat naik itu ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial lain.



Ahmad juga turut memuat naik beberapa keping gambarnya yang minum pagi di tepi Sungai Air Baloi di  Pontian Johor.

Difahamkan di lokasi berkenaan terdapat tempat menjual ikan segar yang ditangkap para nelayan bermula jam 6.30 hingga 9.30 pagi.

Beliau mengatakan bahan mentah yang dibeli dengan cara itu adalah secara terus dari laut tanpa menggunaan khidmat orang tengah.



Ahmad Maslan Perkenalkan Cara Memasak Tanpa GST! Ahmad Maslan Perkenalkan Cara Memasak Tanpa GST! Reviewed by Admin on 11:12 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.