Anak Dihina: Black Rancang Buat Laporan Polis
Penyanyi Black akan membuat laporan polis terhadap individu yang merupakan seorang pelajar di universiti tempatan atas dakwaan menghina anak beliau di laman sosial Instagram.
Saya terpaksa membawa perkara ini ke tengah supaya rakan artis lain tidak mengalami nasib sama. Selepas menghina anak saya, individu berkenaan juga mengutuk anak pasangan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.Jadi, saya tidak mahu lebih ramai artis ataupun orang lain terkena. Saya ambil tindakan ini untuk mengajar masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati apabila menulis sebarang komen.
Individu tersebut telah menyamakan anaknya Khaleef Dayyan dengan beruk sebaik sahaja penyanyi tersebut berkongsi foto bayi sulung beliau di Instagram.
Sumber Berita: Berita Harian /Beautifulnara.com
Anak Dihina: Black Rancang Buat Laporan Polis
Reviewed by Admin
on
12:07
Rating:
No comments: