Gambar Polis Menari Dengan Penari Bogel Di Balai Polis Viral
Ia juga sekali gus memaksa satu siasatan besar-besaran dijalankan terhadap pasukan polis di Paraguay.
Anggota polis itu dirakamkan mengangkat bajunya hingga ke bahagian perut telah disiarkan dalam akhbar tempatan, Chronica dengan kapsyen “Saya membangkitkan perkara ini kepada umum kerana perkara seperti ini sering berlaku di balai polis dan saya sudah muak dengannya.
Gambar itu dikatakan didedahkan oleh seorang lagi anggota polis di balai berkenaan yang mahu kegiatan seumpama itu dihentikan.
“Kegiatan pelacuran, tarian bogel dan banyak lagi aktiviti buruk berlaku di balai tersebut, justeru ia perlu dihentikan,’’ kata sumber gambar berkenaan.
Skandal seks itu kini terpaksa disiasat dengan anggota polis terbabit yang dirakamkan dalam gambar berkenaan menjadi fokus utama siasatan.
Dalam pada itu, jurucakap polis, Paulo Alonso berkata siasatan juga ditumpukan bagaimana kejadian itu boleh berlaku di balai polis.
“Kita juga ingin mengetahui sama ada ia merupakan satu kes sahaja atau ia merupakan sebahagian daripada corak tingkah laku,’’ katanya.
Gambar Polis Menari Dengan Penari Bogel Di Balai Polis Viral
Reviewed by Admin
on
18:08
Rating:
No comments: