‘Dia dah macam adik’

Kuala Lumpur: Kalau nak cakap sama ada ketidak puasan hati (pihak tertentu) wujud atau tak, bagi saya itu perkara biasa dalam mana-mana kerja pun. Tapi apa yang boleh dikatakan, tak ada masalah yang serius timbul.”
Itu reaksi pengacara dan penyanyi Datuk AC Mizal, 44, mengulas mengenai desas-desus kononnya konflik yang berlaku antara dirinya dengan sebuah stesen televisyen baru-baru ini disebabkan sikap iri hati seorang pelawak lelaki.
AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, mengakui tidak menyedari mengenai salah faham yang didakwa itu kerana dia tidak pernah mencetuskan masalah dengan mana-mana pihak ketika bekerja.
“Itu (dakwaan) tak jadi masalah bagi saya. Mungkin ada yang timbul tapi saya tak pasti kalau ia benar-benar berlaku. Saya tak tahu cerita apa semua yang berlaku sebab saya hanya fokus pada kerja saja bila datang bekerja.
“Masalahnya dalam hal itu saya tak tahu siapa (pelawak) yang dimaksudkan itu. Saya anggap mereka macam adik sendiri jadi agak peliklah kalau orang yang dianggap sebagai adik ini mempunyai konflik atau tak puas hati sehingga menimbulkan masalah pula,” katanya.
Sumber mendakwa, antara faktor menyebabkan hos Maharaja Lawak Mega ini mengambil keputusan menerajui perniagaan stesen televisyen dan radio digital miliknya bermula Mac depan kerana dia berkecil hati dengan sebuah stesen televisyen ekoran salah faham dengan seorang pelawak lelaki.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
‘Dia dah macam adik’ ‘Dia dah macam adik’ Reviewed by Admin on 19:03 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.