Wajah Terkini Adik Muhammad Firdaus Dullah Sudah Gemuk Dan Tembam!


Wajah terkini adik Firdaus Oku di kurung sudah gemuk-Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu remaja orang kurang upaya (OKU), adik Muhammad Firdaus Dullah, 15 bakal keluar dari hospital.
Menurut menterinya, Datuk Seri Rohani Karim, keadaan Muhammad Firdaus semakin baik dengan peningkatan berat badannya kepada 17.3 kilogram (kg)
Dia akan diletak dalam institusi kami. Dia akan beraya dengan kamilah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengalukan ibu dan waris-waris Firdaus yang lain untuk datang menziarah, kami alu-alukan ibunya datang melawat dan juga waris-waris lain.
Supaya Firdaus merasa gembira melihat ramai keluarga datang menziarah,katanya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menempatkan Firdaus di institusi kanak-kanak JKM melalui perintah sementara daripada mahkamah sebaik dia sihat dan pulih serta dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

 
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan kurus kering dalam bilik yang kotor dan dipenuhi najis oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, bulan lalu selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.
Wajah Terkini Adik Muhammad Firdaus Dullah Sudah Gemuk Dan Tembam! Wajah Terkini Adik Muhammad Firdaus Dullah Sudah Gemuk Dan Tembam! Reviewed by Admin on 16:32 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.