Eksklusif Nostalgia Kisah Cinta Dato Siti Dan Zamani
Menerusi blog warisma#nis, Penyanyi No 1 Negara sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Zamani sekitar tahun 1997-1998....
tetapi mereka berdua tidak pernah mengesahkan gossip tersebut....
Tak sangka tindakan anggota polis yang menyuruh Zamani menyanyi sambil tangannya bergari dan kemudian menyebarkan video tersebut mendapat perhatian ramai rakan selebriti.
Kebanyakannya membantah dan menganggap perbuatan tersebut sebagai mengaibkan Zamani sekaligus menjatuhkan air muka penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang tersebut.
Tapi apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah keprihatinan Dato’ Siti Nurhaliza terhadap perkara itu. Menerusi Instagramnya semalam, Siti berkongsi semula foto yang dimuat naik oleh kakak ipar merangkap pengurusnya sambil menulis caption “Hormatilah maruah insan lain”.
Mungkin adik-adik yang baru mengambil pusing tentang industri hiburan tempatan kurang faham signifikasi antara Siti dan Zamani. Tapi sekadar mengimbas kembali, kedua-dua penyanyi ini pernah digosipkan bercinta sewaktu zaman kegemilangan mereka.
Dan selepas ‘banyak’ tahun berlalu, Siti pun dah bergelar isteri kepada Datuk K. Jadi rasanya tak ada masalah untuk Siti turut sama prihatin dengan dengan kejadian menimpa seseorang yang pernah dikenalinya dulu.
Tak hairan jika pencipta lagu terkenal Saari Amri tiba-tiba mengaitkan nama Siti Nurhaliza berhubung aktiviti tidak sihat yang dilakukan Zamani yang telah tersebar luas sebelum ini.
Bercakap kepada Berita Harian baru baru ini, Siti Nurhaliza telah memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan kerana tidak mahu mencampuri urusan pihak lain.
“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,” katanya ringkas.
Respons Zamani Slam Apabila Dikaitkan Dengan Siti Nurhaliza
Selepas ditahan polis dulu, penulis dan komposer Saari Amri ada mengaitkan Zamani Slam dengan penyanyi Siti Nurhaliza.
Semalam setelah dibebaskan dan dibenarkan keluar, Zamani teah ditanya tenang hal ini, apa maksud status Saari Amri itu? Apa kaitan Zamani dengan Siti Nurhaliza?
Ini respon dan reaksi Zamani Slam:
"Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Saari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian.
"Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir qada dan qadar yang terpaksa saya terima,"
Sebelum ini Siti Nurhaliza juga enggan memberi sebarang komen tentang status Saari Amri tersebut. Ini kata Siti Nurhaliza
“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,”
Di bawah adalah gambar-gambar lama Dato Siti & Zama#ni Slam sekitar tahun 1997-1998
Gambar yang ditengah-tengah adalah dari sebuah artikel ruangan gosip "Siti bekalkan rendang ikan bilis buat Zamani"
Gambar ini diambil dari sebuah majalah pada tahun 1999 sempena Aidilfitri
Siti dan Zamani sebagai Damak sedang menari
Sumber
Eksklusif Nostalgia Kisah Cinta Dato Siti Dan Zamani
Reviewed by Admin
on
13:46
Rating: 5
No comments: