Baju Dayang Nurfaizah Di AJL Jadi Bahan Video Parodi
YA, kami masih belum move on daripada bercakap tentang kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29) yang berlangsung Ahad lalu.
Kali ini kami mahu kongsikan video parodi seorang pemilik Instagram dikenali sebagai@gie_ismail yang dibuat hasil inspirasi pakaian pemenang tempat ketiga AJL 29, Dayang Nurfaizah tatkala mendendangkan lagu Di Pintu Syurga.
Apa yang menarik, video parodi ini turut menarik perhatian pereka busana Dayang pada malam tersebut iaitu Rizalman Ibrahim yang turut repost video ini di Instagram miliknya bersama catatan:
“Saya, Dayang, Tam Spider dan Rudy Imran merasa sungguh berbangga menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia #glovedengankepaktepitu”.
Macam-macam idea la orang kita ni kan! Haha.. -MYNEWSHUB.CC
Baju Dayang Nurfaizah Di AJL Jadi Bahan Video Parodi
Reviewed by Admin
on
15:48
Rating:
No comments: