Mayat Mangsa Pesawat Airasia QZ8501 Jatuh Semula Ke Laut...
PANGKALAN BUN - Unit Penyelamat Badan SAR Indonesia berjaya menjumpai mayat yang dipercayai sebagai penumpang AirAsia QZ8501 yang ingin ke Singapura dari Surabaya.
Mayat yang diklasfikasikan bukan mayat warga Indonesia itu sempat dipegang oleh salah seorang unit penyelamat namun terlepas semula akibat keadaan yang licin dan ombak yang tinggi yang membadai sehingga ketinggian gelombang mencapai tiga meter.
Akhirnya unit penyelamat gagal memegang mayat terbabit beberapa kali cubaan untuk memegang namun gagal mengakibatkan kegagalan membawa bukti - ujar Dirops Basarnas Supriyadi di Pangkalan Bun, Selasa.
Supriyadi mengesahkan di lokasi dekat penemuan tiga mayat, ada serpihan-serpihan yang terapung menyerupai pelampung berwarna oren. Kemudian ada pecahan-pecahan dari kepingan main body dari pesawat AirAsia tersebut. "Tapi belum dapat dipastikan kerana pecahannya kecil," tambahnya lagi.
Sumber - TRIBUNNEWS.COM
Mayat Mangsa Pesawat Airasia QZ8501 Jatuh Semula Ke Laut...
Reviewed by Admin
on
09:11
Rating:
No comments: