Nama Bayi Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Didedahkan


SESIAPA sahaja yang memandang foto permata hati pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, yang baharu sahaja dilahirkan pada 1 November lalu, pastinya melahirkan keterujaan akan kecomelannya.

Malah, ramai yang mula meneka bayi yang dilahirkan seberat 2.8 kilogram (kg) ini lebih mewarisi wajah bapanya dan ibu saudara, Sasha Saidin.

Kehadiran puteri pengikat kasih ini amatlah ditunggu-tunggu, malah akui Zain, hingga kini dia masih menerima kunjungan keluarga.

Memasuki usia bayi di hari ketiga (ketika dihubungi Zass), Zain memberitahu anak dan isterinya berada dalam keadaan yang baik.

"Alhamdulillah, bayi dan isteri saya dalam keadaan sihat. Kami juga masih menerima kunjungan keluarga terdekat," katanya yang dihubungi menerusi perbualan di aplikasi, WhatsApp.

Walaupun wajah bayi comel ini sudah mula membanjiri laman-laman sosial di Internet, namun pasangan selebriti ini belum bersedia untuk mendedahkan nama anaknya itu.

Pun begitu, pasangan romantis ini akan mendedahkan secara eksklusif nama puteri sulung mereka secara umum menerusi program HLive! pada minggu hadapan.

Sebelum ini, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta ini memberitahu bahawa pemilihan nama untuk bayi mereka diserahkan kepada suaminya.

Bayi yang digelar 'Princess Love' oleh Sasha Saidin ini dilahirkan secara normal pada Sabtu lalu, jam 2.18 petang di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Difahamkan, Che Ta akan melalui tempoh berpantang di kediaman mereka di Subang. Sinar Harian
Nama Bayi Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Didedahkan Nama Bayi Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Didedahkan Reviewed by Admin on 08:57 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.