Lelaki Ketagih Bau Seluar Dalam


LINYI (CHINA) - Seorang lelaki berusia 44 tahun berasal dari bandar Linyi, Daerah Shandong, disiasat oleh pihak polis setelah penemuan lebih dari 150 pasang coli dan seluar dalam wanita ditemui di katilnya.

Lelaki yang masih bujang dikenali sebagai Liang itu ditangkap kerana setelah perbuatannya itu dirakam oleh CCTV.


Rakaman CCTV itu menunjukkan, Liang melalui kedai tersebut yang menjemur pakaian dalam wanita. Mengambil kesempatan itu, Liang memberhentikan van mininya dan memerhatikan keadaan di sekeliling dan kemudian mencuri beberapa pasang pakaian dalam sebelum melarikan diri. 

Pemilik kedai menyerahkan rakaman itu kepada pihak polis yang kemudiannya berjaya menjejaki liang dan menemui longgokan coli dan seluar dalam di atas katilnya.

Ketika memberi keterangan kepada polis, Liang mengaku mencuri pakaian tersebut.


"Saya tak dapat tidur tanpa meramas dan menghidu bau seluar dalam yang dicuri. Jika tidak, saya akan mengalami insomnia dan sukar untuk tidur," katanya.

Liang mengaku dia telah mencuri pakaian dalam wanita semenjak tiga tahun yang lalu. 

“Walaupun kerugian dari segi kewangan tidak besar, tetapi perbuatannya menyebabkan wanita di bandar ini trauma,” kata polis. – SHANGHAIIST.COM/THEHYPEMEDIA.COM
Lelaki Ketagih Bau Seluar Dalam Lelaki Ketagih Bau Seluar Dalam Reviewed by Admin on 15:24 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.