Menyayat Hati! Ucapan Terakhir Seorang Anak Kepada Ibunya


“Sempena Hari Ibu baru-baru ini, dia anak pertama memberi ucapan kepada saya dan itu juga kali terakhir saya bercakap dengannya,” kata Rosni Abdul Samad, 50, ibu Muhammad Izwan Noorazman, 20, seorang daripada tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di sini, semalam.

Rosni berkata, Allahyarham yang juga pelajar Kolej Komuniti Jempol menyampaikan ucapan Hari Ibu sehari lebih awal iaitu pada Sabtu lalu ketika menghubunginya melalui telefon.

“I love you, I miss you (saya cinta dan saya rindu pada ibu). Itu antara kata-katanya ketika menelefon saya,” kata ibu kepada enam anak itu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jempol, di sini, semalam.

Selain Muhammad Izwan, dua lagi yang terbunuh dalam kemalangan pada jam 11.20 pagi di Jalan Mahsan-Bahau itu ialah pemandu treler yang sarat dengan kayu getah, Abd Halim Omar, 33, serta kelindannya, Nordin Amat, 45. - Hmetro

Foto

Foto

Foto

Foto



Menyayat Hati! Ucapan Terakhir Seorang Anak Kepada Ibunya Menyayat Hati! Ucapan Terakhir Seorang Anak Kepada Ibunya Reviewed by Admin on 12:08 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.