"Saya tertekan" - Najib Razak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui bahawa beliau juga tertekan dengan laporan media yang menghakis sokongan kepada BN.

Beliau membangkitkan laporan media mementingkan kecepatan dan bukan ketepatan, yang menurutnya boleh membentuk tanggapan negatif kepada kerajaan.

“Saya pun depress (tertekan). Orang politik pun depress sebab kita mudah jadi sasaran.

“Orang media rugi pengedaran (akhbar). Kita rugi daripada segi undi. Sama juga depress,” kata Najib.

Beliau bercakap demikian dalam majlis berbuka puasa bersama media di ibu pejabat Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Najib juga membangkitkan laporan pembelian tanah Tun Razak Exchange oleh Tabung Haji pada hari terakhir kempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh sebelum ini sebagai contoh bagaimana berita mempengaruhi undi.

“Takkan kita nak guna duit rakyat untuk bailout (selamatkan) 1MDB. Itu bukan kerajaan punya tanggungjawab. Tapi cerita itu dah viral (dikongsi meluas).

“Inilah cabaran dalam persekitaran baru ni,” katanya.

BN tewas dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail menang dengan majoriti 8,841 undi.


Panas: Najib pindah wang RM7 Billion ke akaun sulit

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mendedahkan perjanjian hutang 1Malaysia Development (1MDB) di Parlimen Isnin ini bagi membuktikan Menteri sebenarnya berbohong.

Beliau merujuk penafian Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.

Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan.

“Hakikatnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan bahawa hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin oleh rakyat,” kata Rafizi dalam kenyataan.

Ahmad Maslan ketika mengulas mengenai kedudukan kewangan 1MDB menyatakan, dana rakyat sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Itupun setelah didesak oleh rakyat. Semasa saya mula-mula membawa isu di mana dana rakyat , pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti bahawa kebimbangan saya itu bertempat.

“Oleh itu, mulai minggu depan, saya dan pasukan dari National Oversight & Whistleblowers (NOW) akan dedahkan individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga menyimpan dana rakyat secara penuh rahsia.

Ini penting supaya menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu mula dibawa kembali ke Malaysia.

Individu yang terbabit di dalam keputusan tersebut perlu menerima pertanggungjawaban dari keputusan yang salah itu,” tegas Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Oleh itu, beliau memberi Ahmad Maslan sehingga Ahad ini untuk memperbetulkan kenyataannya, jika tidak, beliau tidak akan teragak-agak membawa usul tergempar merujuk beliau kepada Jawatankuasa Khas Parlimen kerana berbohong kepada Parlimen - Malaysia kini
"Saya tertekan" - Najib Razak "Saya tertekan" - Najib Razak Reviewed by Admin on 07:53 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.