"Kirim Salam Semua" - Zamani Slam

Zamani Kirim Salam Kepada Semua.. Sedih kami membaca luahan Zamani.. Memang sangat sedih....

#Ketika pertemuan terakhir penyanyi Zamani Slam bersama pengurusnya, Johan Aziz itulah antara bait yang dilafazkan untuk kita semua di luar sini. Beliau sempat meminta maaf kepada pengurusnya itu selain menyampaikan salam buat semua.

“Sempat berjumpa dengan dia tadi dan teramat sedih. #Minta maaf abang Jo, kirim salam kepada semua abang Jo. Insyallah saya OK – dari Zamani,” tulis Johan Aziz di Facebook.

Dalam perkembangan terkini kes rakaman video Zamani Slam ketika dalam tahanan, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan yang anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut sudah dikenal pasti.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya”

“Selain itu, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

sumber;RotiKaya
"Kirim Salam Semua" - Zamani Slam "Kirim Salam Semua" - Zamani Slam Reviewed by Admin on 11:10 Rating: 5

1 comment:

  1. Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    Contact. No. Telefon Siam +66620530675
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
    sila sebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan
    kahwinthaibest.blogspot.com
    fb : aludin kamal
    +++ kami tidak tinggal pasangan dihotel dan balik ..kami bersama pasangan hingga selesai urusan +++ jika ada masa terluang kami bawa berjalan / Thai Traditional Massage InsyaAllah...

    ReplyDelete

loading...
Powered by Blogger.